ShoutMix chat widget

Saturday, February 19, 2011

Produk Buatan Malaysia

Produk Buatan Malaysia
Dalam usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia pada 16 Januari 2009. Kempen yang dijalankan sepanjang tahun ini mempromosikan semua jenis barang buatan Malaysia.

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebut sahaja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya.
Misalnya kereta, Malaysia telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara, Proton Holdings Bhd seperti Proton Gen-2, Proton Exora dan Proton Persona telah banyak menembusi pasaran luar negara seperti Mesir, Indonesia dan United Kingdoms.
Barangan elektronik berjenama buatan Malaysia, Panasonic dengan motonya, Your Enjoyment semakin membanjiri pasaran dengan model terbaru seperti televisyen plasma Viera, peti sejuk NR-B53V1, penghawa dingin Inverter Deluxe dan kipas F-M15A0.
Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti batik, songket dan tenun pua. Syarikat multi-milion, Noor Arfa Batik misalnya, telah menjulang seni batik di mata dunia melalui penghasilan batik lukisan tangan dan bercetak blok untuk pasaran dunia selama hampir 30 tahun. Batik dikomersialkan melalui produk seperti tali leher batik , kaftan, dan kemeja.


Malaysia turut memiliki rangkaian restoran makanan segera tersendiri setanding dengan McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC) mahupun Pizza Hut. Radix Fried Chicken (RFC) yang dikendalikan oleh anak syarikat HPA Group, membanggakan Malaysia dengan menunya yang segar-organik-halal dan menyelerakan seperti Ayam Organik Radix, Burger Radix dan Kola Radix.
Kerepek yang merupakan snek kegemaran masyarakat Malaysia mampu bersaing dengan keropok dari luar negara. Kerepek bawang, kerepek keledek ungu, kerepek pisang abu manis, kerepek ubi dan bermacam-macam lagi diusahakan anak wantan melalui syarikat seperti My Kerepek, D’Kerepek House, Mak Long dan Kerepek Oh Kerepek.
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengutamakan barangan buatan Malaysia kerana ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak iaitu menggalakkan pembangunan industri tempatan serta mengelakkan pengaliran wang keluar dari negara. Apa yang penting ialah mentaliti dan sikap haruslah diubah. Janganlah terus mengagungkan barangan luar dan kikislah sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Beralihlah kepada barangan tempatan sebagai tanda sokongan anda terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia!

sumber :
 http://www.noor-arfa.com.my/
http://www.hpa.com.my/hpaic/?cat=13
http://www.mykerepek.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Berhad

Saturday, February 5, 2011

Awan Mendung Berarak Pergi

Pranggg!!! Serpihan gelas kaca berwarna biru turquoise bertaburan di lantai. Cawan yang kini tinggal separuh dan retak seribu di mukanya tergeletak di hujung kakiku. Kaku. Mutiara bening mengalir deras di pipiku, tak mampu ku henti. Ya Allah, apakah dosaku sehingga diduga dengan dugaan yang maha berat ini? Hatiku merintih mempersoalkan takdirNya.
“Bersabarlah dik, tabahkan hati dan berserahlah pada Yang Maha Kuasa,” doktor lelaki Cina berusia hampir pertengahan abad itu bersuara lembut, memujuk. Mengapa mesti diriku? Pandanganku gelap tatkala jasadku kuat menghentam lantai hospital bersama persoalan yang tiada noktah.
*
“Hai Frah! Awak dah sihat?” Chempaka menegur ceria aku yang sedang duduk sendirian dibangku tepi padang.
“Err..dah” teragak-agak aku menjawab seraya mengengsot, menjauh daripada Chempaka yang sudah duduk mengambil tempat di sebelahku.
“Masuk bulan ini, sudah lima kali awak cuti sakit demam. Awak pasti ia bukan disebabkan oleh penyakit lain?” keperihatinan yang diutarakan Chempaka membuat jantungku seolah-olah terhenti seketika. Otakku kosong dan lidahku kelu untuk menjawab persoalannya.
Melihatkan aku yang bagai kehilangan kata, Chempaka menyambung, “Frah juga sudah tidak makan waktu rehat sedangkan roti kaya bakar ada dijual di kantin.”
Roti kaya bakar. Dahulu, tiga perkataan itu sudah cukup untuk membuatku terliur. Roti kaya bakar merupakan roti bakar yang padanya disapu marjerin atau mentega bersama seri kaya yang diperbuat dari telur, gula dan santan yang diperisakan dengan pandan dan merupakan snek yang amat terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Singapura. Buktinya, francais Ya Kun Kaya Toast di Singapura telah menambah cawangannya hanya dengan menghidangkan roti kaya bakar sewaktu sarapan pagi. Kebiasaannya, snek kegemaranku itu akan kunikmati bersama secawan teh atau kopi, namun kini, aku tiada selera untuk menjamah makanan. Nafsu makanku seolah diragut bersama masa depanku sewaktu menerima perkhabaran duka itu.
Aku tersedar daripada lamunanku apabila Chempaka mengusap lembut pipiku dan berkata “Muka Frah sudah cengkung, tulang belulang sudah timbul dan berat juga sudah berkurangan. Apa Frah punya masalah?”
Papp!! Chempaka tertegun memandangku, jelas terkejut dengan tindakanku menepis tangannya tadi. Perasaanku bercampur baur antara rasa bersalah dan serba salah melihat tangannya yang berbirat kemerahan.
“Maaf, tolong jangan sentuh saya.”
*
Surat daripada Rakan Muda kupandang dengan kepahitan yang membuku di dada. Wawasan Rakan Muda dengan moto, Yakin Boleh! merupakan pergerakan remaja negara yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan sebagai usaha membentuk identiti generasi muda positif dan produktif ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Rakan Muda merangkumi 10 aktiviti utama iaitu Rakan Sukan, Rakan Wajadiri, Rakan Cinta Alam, Rakan Seni Budaya, Rakan Rekacipta, Rakan Wirausaha dan Wiramahir, Rakan Kecergasan, Rakan Masyarakat, Rakan Rekreasi dan Briged Rakan Muda.
Dibawah Rakan Sukan, aku ditawarkanku untuk menyertai pertandingan bola tampar perempuan bawah 18 tahun peringkat kebangsaan berkat usaha gigihku aktif menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan serta meraih pelbagai kemenangan. Kupenuhi piala remajaku dengan aktiviti bola tampar. Bola tampar sudah menjadi darah dagingku, sebahagian daripada hidupku.
Akrabnya aku dan bola tampar sebagaimana akrabnya Dato’ Mohamed Misbun Sidek dengan badminton ataupun Dato’ Mokhtar Dahari dengan bola sepak mahupun Roger Federer dengan tenisnya. Kucurah segala masa emasku dan kuperah tenaga dan kudratku untuk merealisasikan impian murniku menjunjung hasrat menjadi pemain bola tampar setanding legenda bola tampar Amerika, Charles Frederick Kiraly atau lebih dikenali sebagai Karch Kiraly.
Kini, usahaku dipersia begitu sahaja. Dengan kondisi badanku yang tidak seaktif dan bertenaga seperti dahulu, ditambah dengan penurunan berat badanku, adalah amat sukar untukku menyertai pertandingan itu. Sudah jelas bagiku, apakah keputusan yang perlu diambil.
Dan malam itu, air mataku tumpah lagi menangisi nasib diri.
*
“Awak buta?! Pekak?! Awak tak nampak ke kereta datang dari arah bertentangan awak?! Awak tak dengar ke bunyi hon kereta tu?! Nasib baik saya sempat selamatkan awak, kalau tidak..!” budak lelaki itu galak menghamburkan amarahnya terhadapku.
Mengimbas kembali kejadian pulang dari sekolah tadi, diakui salahnya kerana berjalan luar daripada laluan pejalan kaki. Dia berada dalam dunianya sendiri apabila dia direntap secara kasar dari belakang, tepat masanya untuk mengelakkan dirinya daripada dilanggar sebuah kereta dari arah yang bertentangan.
“Awak tak belajar Fizik ke?! Awak tahu tak berpandukan Prinsip Bernoulli, apabila bendalir yang mengalir laju, tekanannya akan rendah dan yang sebaliknya untuk bendalir yang mengalir perlahan, tekanan akan tinggi. Jadi, berdasarkan situasi awak tadi awak boleh ditarik ke arah kereta itu kerana tekanan awak yang tinggi awak tahu ta..” kata-katanya terhenti apabila air mataku berguguran menitis ke atas kasutnya.
Budak lelaki bertanda nama Syaffiqq itu terdiam melihatku menangis. Bahuku terhenjut menahan esakkan. Sedih dan kecewa bergaul menjadi satu.
“Maaf, saya terlalu ikut emosi.” Kedengaran nada kesal dalam suaranya. “Luka awak tak apa-apa ke? Mari saya bantu,” bilangnya seraya meraih jariku untuk dilekatkan toplast. Niatnya terbantut apabila aku merentap tanganku. Kasar.
“Awak kena rawat luka awak, jikalau tidak patogen akan masuk..” Syaffiqq memprotes dan berdegil untuk melekatkan toplast. Dalam pergelutan itu aku terluah ayat keramat itu.,
“Saya positif-HIV!!!”
*

“Safrah? Saya Syaffiqqah” wanita awal 20-an itu menghulurkan tangan memperkenalkan diri. Aku memandang tangannya, risau.
Menyedari kegelisahanku, Syaffiqqah menambah dengan senyuman “Jangan takut, HIV tidak berjangkit melalui sentuhan.” Betapa gembiranya hatiku mendengar pernyataan itu. Ku sambut huluran tangannya dengan getar di dada. Kami bersentuhan. Tiada apa-apa yang terjadi.
“Kita akan berenang pada hari ini! Dan HIV tidak akan berjangkit meskipun kita berenang di dalam kolam yang sama!” Syaffiqqah berteriak penuh keterujaan apabila membawaku ke pusat kolam renang awam. Ayatnya menyentap perasaanku. Aku memandang Kak Syaffiqqah, cuba mencari kebenaran disebalik kata-katanya. Anggukannya memberikanku sedikit keyakinan.
Kuberanikan diri untuk mengatasi ketakutanku dan melangkah setapak kehadapan. Kuberenang bersama-sama Kak Syaffiqqah dengan riang gembiranya di kolam renang awam itu. Bersama dengan orang awam. Dan tiada yang dijangkiti virus HIV.
Sedangku bersantai di tepi kolam, meneguk air mineral setelah penat berenang, Kak Syaffiqqah menghampiriku dan duduk disebelahku.
“Sedikit air,” Kak Syaffiqqah meminta lantas mengambil botol air mineral di dalam peganganku.Aku tergamam dengan perlakuan mengejutnya dan hanya mampu melihat Kak Syaffiqqah meneguk air mineral daripada bekas mulutku. Selesai menghilangkan dahaganya, Kak Syaffiqqah mengelap rintik peluh sejuk di dahiku dengan tuala miliknya yang digunakannya untuk mengelap mukanya.
Menyedari pandangan tajamku kearahnya yang menagih penjelasan, Kak Syaffiqqah menguraikan kekusutan otakku “Safrah, HIV tidak boleh berjangkit melalui air liur, peluh dan duduk bersebelahan bergesel bahu,”
“dan tidak akan berjangkit melalui air mata” sambung Kak Syaffiqqah sambil menyeka kolam di pinggir mataku.
Sesungguhnya, Allah Maha Adil, akhirnya mendung berarak pergi.

Sumber :
http://www.rakanmuda.org.my/